Selasa, 12 Januari 2016

SINOPSIS BAB 16 SILIR DAKSINA

BAB 16 :

Haiqal meninggalkan bumi semenanjung untuk menimba ilmu di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang . Dahulu uminya memang mendendami ayahnya tetapi telah terlebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
Ratna kini telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda. Mereka akam berkahwim pada penghujung tahun ini juga. See Hwa pula sangat sedih ketika kakiku melangkah meninggalkan Kampung Seri Purnama. Tauke Ong meminta Haiqal untuk kembali ke kampung itu semula

   Haiqal perlu menjadi seperti mana ayahnya untuk mewujudkan Aksara kembali. Dia belum ada apa-apa yang melayakkannya untuk memimpin Aksara kerana terlalu kecil dan kerdil. Manuskrip lama masih kemas dalam simpanannya. Baginya, manuskrip lama tanpa judul itu mewakili suatu perjalanan masa. Silir Daksina benar-benar mendamaikan.

SINOPSIS BAB 15 SILIR DAKSINA

BAB 15 :



Balai raya yang sebelum ini sepi dan seolah-olah mati, kembali berseri. Petang tadi, Haiqal membantu kerja-kerja memperkemaskan balai raya. Tidak terkecuali, See Hwa yang sama-sama mengemas bahagian dalam balai raya itu agar kelihatan cantik dan rapi. Penduduk kampung sibuk bergotong-royong memasak nasi jagung, kurma daging kambing dan daging lembu, ayam masak merah serta dalca untuk hidangan para tetamu. Seminggu sebelum acara persembahan dilangsungkan , Haiqal memaklumkan kepada walidnya tentang zapin jincat dan meminta walid, umi dan Nurul Aisyah mendoakannya agar dia dapat mempersembahkan tarian itu dengan sebaik mungkin. Berita yang amat mengejutkan apabila Lazim ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja dan dia tidak dapat menari. Pak Cik Bakar kelihatan resah dan bimbang kerana sudah tiada masa lagi untuk menukar dan berlatih dengan pasangan baru dalam persembahan itu. Haiqal dan Lazim sememangnya pasangan tarian yang serasi kerana masing-masing dapat membaca gerak dan langkah. Haji Salim mencadangkan See Hwa untuk menggantikan tempat Lazim kerana dulu sewaktu masih budak-budak See Hwa selalu berpasangan dengan Lazim. Haiqal diminta oleh Haji Salim untuk memujuk See Hwa. Selepas solat maghrib dia langsung ke rumah Tauke Ong. Haiqal berasa terkejut apabila melihat pakaian yang digosok oleh See Hwa ialah baju zapin. See Hwa berterus terang dengan Haiqal bahawa pada malam ini dia dan Lazim ingin membuat kejutan untuknya. Ini semuanya rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim tetapi telah berubah. Haiqal memujuk dan berharap See Hwa menggantikan Lazim dan gadis itu bersetuju. Pada malam itu, persembahan zapin D'Purnama berjalan dengan baik dan lancar. Walid , umi , dan Nurul Aisyah turut sama hadir bagi menyokongnya. Haiqal berasa sangat terharu dengan kehadiran mereka.

SINOPSIS BAB 14 SILIR DAKSINA

BAB 14 :


Sebuah balai telah dipasang dan di bawahnya dibina sebuah pentas rendah yang diperbuat daripada kayu dan papan lapis terpakai. Penari-penari zapin pula akan menari dihadapan pentas itu. Ada juga kalangan penduduk kampung itu yang hadir memberikan sokongan atau mencari sedikit hiburan. Jari jemari Haji Salim ligat memetik gambus. Wak Arif pula bertenaga memalu gendang panjang. Pak Cik Bakar dan dua rakannya memalu marwas. Semua pemain zapin telah dimamah usia. Antaranya Pak Cik Tasrif yang bermain arkodian. Haji Sulaiman yang menggesek biola dan Haji Leman memetik gambus bergilir-gilir dengan Haji Salim.
Setelah diajak berkali-kali oleh Pak Cik Bakar dan Haji Salim, akhirnya Haiqal mengalah juga dan memberanikan diri untuk bermain tamborin. Sewaktu Haiqal sedang berehat dan bersembang dengan ahli kumpulan zapin itu, Tauke Ong menyuruhnya untuk mencuba menari pula. Tetapi dia malu dan cuba menolaknya dengan cara yang baik. Haji Salim pula cuba meyakinkan Haiqal untuk menari. Haiqal mara dihambat perasaan gelisah dan tidak pernah terfikir baginya untuk menarikan tarian itu. Dia hanya mahu merasai suasana ketika ayahnya masih hidup dahulu.
   Akhirnya, Haiqal akur untuk menari zapin. Jika dia terus berkeras untuk menolak, bimbang Pak Cik Bakar, Haji Selamat , Wak Parmin, Abng Ramlan dan Wak Seman yang bersungguh-sungguh mahu mengajarnya akan berkecil hati pula. Pak Cik Bakar terus menarik tangan Haiqal dan mengarahkan Haiqal mengikut langkah kaki dan lenggok badannya.
Pak Cik Bakar memberitahu bahawa ayah Haiqal seorang kelaki yang mempunyai keinginan yang kuat dan luar biasa. Sehinggakan dia sanggup berpisah dengan umi hanya semata-mata kerana kecintaannya terhadap kebudayaan.
Sepetang di rumah Pak Cik Bakat, Haiqal menceritakan tentang semua perkara yang tertulis dalam manuskrip itu. Menurut manuskrip tersebut, ayahnya kata Ai Ling pandai menari zapin. Haiqal agak musykil akan perkara itu. Adakah Ai Ling seperti yang digambarkan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See Hwa? Pak Cik Bakar , mencadangkan Haiqal untuk mengenali See Hwa sementara masih berada di kampung ini lagi.
See Hwa mengajak Haiqal untuk bersiar siar di pantai yang agak terkenal di daerah itu . Mungkin inilah masa yang terbaik untuknya . Dia menyanggupi ajakan See Hwa itu. Petang itu cuaca amat baik. See Hwa memandu kereta ayahnya dengan tenang. Haiqal teringatkan Pantai Batu Buruk apabila dia melepaskan pandangannya ke pantai. Teringatkan juga Ratna yang kini kian menyepikan diri.

Haiqal tidak membantah apabila See Hwa mengajaknya berjalan-jalan di tepi pantai. Kini pantai ini menjadi mangsa hakisan ombak yang teruk. Bahagian tepi pantai ini terpaksa ditahan dengan bongkah-bongkah batu besar untuk mengelakkan hakisan. See Hwa mangatakan pantai ini terlalu istimewa untuk ayah Haiqal . Tambahnya lagi, ayah Haiqal juga pernah mengajaknya ke pantai ini dan bercerita tentang Haiqal. Jika Haiqal tidak balik ke sini, mungkin suatu hari nanti See Hwa pula akan ke Kuala Terengganu untuk mencari Haiqal. Segala yang tertulis dalam manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip yang tergantung itu perlu disempurnakan.

SINOPSIS BAB 13 SILIR DAKSINA

BAB 13 :


Pak Cik Bakar telah pun menyampaikan perkara itu kepada ketua kampung Seri Purnama, Haji Jamil. Haji Jamil telah bersetuju untuk mengadakan satu pertemuan dengan ahli JKKK dalam masa yang terdekat. Perkara itu segera disampaikan kepada See Hwa oleh Haiqal. Kemudian, See Hwa berjanji untuk menunaikan amanah arwah ayah Haiqal dengan menyerahkan beberapa buah buku yang ditulis oleh arwah. Haiqal mengucapkan terima kasih sebaik sahaja menerima buku itu.
Menurut gadis yang fasih berbahasa melayu itu, ayah Haiqal sangat baik dan sangat perahsia. Dia tidak pernah menceritakan masalah kesihatan yang dialaminya. Arwah datuk dan ayah Haiqal juga banyak membantu keluarga See Hwa dan menganggap mereka seperti keluarga sendiri. See Hwa akan membantu Haiqal qwalau apapun yang dia usahakan kerana itu pesanan arwah ayahnya kepadanya. Arwah sangat sayang akan Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih atas kebaikan See Hwa.
Mereka rancak berbual-bual sehinggalah kepulangan Tauke Ong. Tauke Ong memuji cadangan Haiqal untuk menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama semula. Bagi Haiqal, bukan mudah untuk menghidupkan kumpulan zapin ini semula. Haiqal bimbang tentang kekurangan penari zapin tetapi Tauke Ong mengatakan bahawa beberapa orang anak muda di kampung itu berkebolehan dalam tarian zapin. Suasana di rumah Tauke Ong menjadi meriah apabila Tauke Ong dan Puan Khei bergurau. Haiqal tidak berasa kekok di tengah-tengah keluarga itu. Dia juga senang meluahkan konfliknya kepada See Hwa. See Hwa menasihatinyaagar banyak bersabar dan tabah menghadapi rintangan itu.
Kemudian, mereka berbual pula tentang bakat menulis yang ada pada Haiqal. Mernurut arwah ayah Haiqal, jika kita mensia-siakan bakat yang dikurniakan tuhan, ini seolah-olah kita mengkhianatinya. See Hwa mengingatkan Haiqal untuk tidak mensia-siakan bakat yang ada. Abdullah Bin Kayan akan memberikan manuskrip  yang telah disiapkannya kepada See Hwa.itulah yang menyebabkan See Hwa fasih berbahasa melayu. 
Setelah itu, Haiqal menghabiskan masanya di rumah dengan membaca novel-noveldan antologi cerpen tulisa arwah ayahnya. Kebanyakan cerpen ayahnya berkisar tenteng dunia keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan kebudayaan di situ. Dia amat mengagumi bakat keperangan yang dimiliki oleh ayahnya. Ketika dia asyik membaca novel karya ayahnya, Pak Cik Bakar datang kerumahnya untuk mengundangnya See Hwa dan Tauke Ong tentang zapin di balai raya. Haiqal segera memaklumkan tentang perkara itu kepada See Hwa. Kemudian dia duduk di anak tangga dan memikirkan masa depannya selepas mendapat keputusan STPM. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru seperti arwah ayahnya.
Ketika di balai raya, Haiqal duduk bersebelahan Pak Cik Bakar. Haiji Jamil meminta persetujuan penduduk kampung untuk menghiduakan kumpulan zapin D'purnama semula. Semua penduduk kampung bersetuju untuk menerima cadangan itu. Haiqal berasa sangat lega. Haji Jamil mengaharapkan kerjasama daripada penduduk kampung kerana inilah salah satu cara untuk mengenang jasa Cikgu Abdullah. Malam itu juga pembahagian tugas sempena majlid itu dilakukan. Haji Jamil akan mengundang  Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu sebagai tetamu.

Haiqal tidak terus pulang. Dia sempat berbual dengan Pak Cik Bakar dan Haji Salam tentang ayahnya dan aksara. Sejak ayahnya meninggal dunia, aksara seperti hilang hala tuju. Ketokohan ayahnya dalam bidang kesusateraan telah diiktiraf oleh kerajaan negeri. Menurut Haji Salim, ayah Haiqal seorang yang cekal. Keazamannya terlalu kuat dan sentiasa membara .

SINOPSIS BAB 12 SILIR DAKSINA

BAB 12 :



Petang minggu Haiqal pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim.Balai raya itu kurangg terurus tetapi ada bahagian yang dijaga rapi.Satu bilik bacaan dan satu lagi galeri pameran.Bilik bacaan terdapat terdapat banyak buku,makalah dan majalah yang tersusun rapi .Bilik bacaan itu merupakan idea ayah Haiqal.Dia yang banyak menyumbang buku dalam bilik tersebut.See Hwa yang menguruskan bilik itu sekarang.Selepas itu,mereka pergi melihat galeri pameran.Haiqal terpempan melihat buku-buku yang dikarang oleh ayahnya tersusun di almari berkunci.Sejarah hidup ayahnya juga di tampal di bilik itu.Ada juga album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.Dia tertarik dengan gambar ayahnya bersama kumpulan zapin D'Purnama.Lazim menceritakan sedikit tentang kebolehan ayahnya dan jasanya terhadap kampung itu.Dia bertanya kepada Lazim tentang zapin di kampung itu .Kemudian See Hwa dan Haiqal pergi warung Wak Min .Lazim pulang awal.Haiqal tanya See Hwa tentang aksara yang merupakan satu perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh ayahnya.See Hwa juga emberitahu Haiqal bahawa arwah ayahnya mahu seseorang untuk menghabiskan manuskripnya itu iaitu Haiqal.Malam itu,Haiqal menyelak catatan arwah ayahnya yang berkisarkan peralatan dan jenis zapin .Dia mahu menyaksikan tarian zapin itu.Kemudian dia terus ke warung Wak Min untuk berjumpa Pak Cik Bakar.Haiqal mengajukan cadangannya kepada Pak Bakar.Dia setuju tetapi dia perlu berbincang dengan ketua kampung .Penduduk kampung bersyukur dengan kepulangan Haiqal kekampung kerana dia seperti arwah ayahnya .Dia teringat akan uminya di pantai timur dan dia tidak terlintas untuk melukakan hati uminya.Namun,dia ada hak untuk sayang arwah ayahnya .Sebulan lebih dia di Kampung Seri Purnama,dia mula mendapat keserasian di ditu.Dia mendapat layanan yang baik.Dia juga berterima kasih kepada See Hwa kerana banyak membantunya mengenali arwah.

SINOPSIS BAB 11 SILIR DAKSINA

BAB 11:


            Sudah seminggu Haiqal berada di Johor. Selama dia berada di sana, Tauke Ong banyak membantunya, terutama tentang duit simpanan arwah ayahnya dan juga hasil jualan kelapa sawit. Haiqal memberitahu Tauke Ong bahawa dia lebih selesa jika tauke ong yang menguruskan harta kebun-kebun itu kerana dia tidak mempunyai pengalaman tentang kebun-kebun. Hal ini ditolak oleh tauke ong kerana tauke ong menganggap bahawa inilah masa yang sesuai untuk Haiqal menguruskan kebun-kebun ini. Abang Bidin dan Salleh mengambil upah memotong kelapa sawit. Mereka pun sudah menerangkan kerja-kerja mengenai kebun-kebun itu kepada Haiqal. Mulai dari sekarang, dia harus belajar serba sedikit mengenai kebun kelapa sawit. Sekurang-kurangnya, dapat juga menimba pengalaman.
            Dalam masa seminggu itu, haiqal sempat berkenalan dengan remaja yang sebaya dengannya antaranya ialah Lazim anak Hj Salim. Lazim juga menunggu keputusan STPM tetapi dia mengambil aliran ekonomi. Suatu hari, Lazim meminta izin kepada Haiqal untuk tidur di rumahnya. Mereka berbual-bual lagi mengenai ayahnya itu. Ayahnya itu dulu mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Dalam banyak-banyak murid, ayahnya rapat dengan See Hwa berbanding murid-muridnya yang lain.
            Setelah selesai Haiqal mengerjakan solat maghrib, dia pergi ke gerai untuk membeli dua bungkus mi goring kerana dia tidak mahu Lazim kelaparan. Sampai sahaja di rumah Haiqal, Lazim mengusik Haiqal kerana Haiqal sedang melihat rumah Tauke Ong. Kemudian, Lazim mengajak Haiqal  untuk pergi ke Balai Raya kerana di Balai Rayalah banyak maklumat tentang ayah Haiqal. Haiqal bertanya kepada Lazim sama ada dia pandai menari zapin ataupun tidak. Lazim pandai menari zapin sewaktu usianya masih kecil.

            Ketika laungan azan solat subuh, Lazim terus bangun dan mengejutkan Haiqal dan terus mendapatkan motosikalnya. Setelah menunaikan solat subuh, Haiqal duduk di anak tangga. Tiba-tiba See Hwa datang kerumahnya dan melemparkan senyuman. See Hwa mengajak Haiqal untuk bersarapan di Pekan. Setelah sampai di gerai, Tauke Ong ingin pergi ke kedai Tauke Leong untuk mengambil duit. Kemudian, Haiqal mengambil kesempatan untuk bertanyakan tentang ayahnya kepada See Hwa.

SINOPSIS BAB 10 SILIR DAKSINA

BAB 10 :


            Tauke Ong bermurah hati untuk meminjamkan Haiqal motorsikalnya itu. Haiqal berhajat untuk menziarahi kubur ayahnya itu. Menurut kata Tauke Ong, kubur ayahnya mempunyai pohon kemboja yang paling besar dan mudah untuk dicari. Dalam 10 minit, haiqal sampai di kawasan perkuburan. Haiqal mengusap-usap lembut batu nisan kubur ayahnya. Dia menyedekahkan bacaan surah yasin dan berdoa. Setelah itu, dia mencabut rumput-rumput halus yang tumbuh di kawasan kubur ayahnya. Daun-daun yang bertaburan juga dia kutip. Hatinya amat berat untuk meninggalkan kubur arwah ayahnya itu.
            Selepas itu, semasa dia menunggang motorsikal, dia terjumpa sekumpulan orang remaja yang sedang memancing ikan di tepi parit. Dia memberikan senyuman kepada remaja-remaja itu. Kemudian, hatinya tergerak untuk menegur lelaki-lelaki itu. Selepas itu, mereka pun berbual mengenai arwah ayahnya itu. Lelaki itu bernama Pak Cik Bakar. Pak cik Bakar itu memuji-muji kebaikan arwah yang pernah arwah lakukan. Haiqal pun memohon diri untuk pulang kerana hari sudah senja.
            Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal pergi ke warung Wak Min. Haiqal berbual-bual dengan Mak Senah isteri Wak Min. Kemudian, dating Pakcik Bakar dan berbual dengan Haiqal. Haiqal hanya membiarkan PakcikBakar melayani fikirannya. Dua orang jemaah dari masjid dating menuju ke meja Haiqal dan bertegur dengan mesra. Pak bakar memperkenalkan Wak Ariff dan Hj Salim kepada Haiqal. Hj Salim merupakan pemain gambus manakala Wak Ariff penari Zapin.

            Setelah berbual-bual di gerai, pak bakar mengajak Haiqal untuk pergi kerumahnya. Pak cik Bakar menceritakan kisah hidup arwah ayah Haiqal. Sewaktu arwah hidup, arwah menganggap See Hwa sebagai anaknya. Hampir pukul 2.00 pagi mereka berbual. Oleh itu, Haiqal membuat keputusan untuk pulang ke rumah.