Selasa, 12 Januari 2016

SINOPSIS BAB 10 SILIR DAKSINA

BAB 10 :


            Tauke Ong bermurah hati untuk meminjamkan Haiqal motorsikalnya itu. Haiqal berhajat untuk menziarahi kubur ayahnya itu. Menurut kata Tauke Ong, kubur ayahnya mempunyai pohon kemboja yang paling besar dan mudah untuk dicari. Dalam 10 minit, haiqal sampai di kawasan perkuburan. Haiqal mengusap-usap lembut batu nisan kubur ayahnya. Dia menyedekahkan bacaan surah yasin dan berdoa. Setelah itu, dia mencabut rumput-rumput halus yang tumbuh di kawasan kubur ayahnya. Daun-daun yang bertaburan juga dia kutip. Hatinya amat berat untuk meninggalkan kubur arwah ayahnya itu.
            Selepas itu, semasa dia menunggang motorsikal, dia terjumpa sekumpulan orang remaja yang sedang memancing ikan di tepi parit. Dia memberikan senyuman kepada remaja-remaja itu. Kemudian, hatinya tergerak untuk menegur lelaki-lelaki itu. Selepas itu, mereka pun berbual mengenai arwah ayahnya itu. Lelaki itu bernama Pak Cik Bakar. Pak cik Bakar itu memuji-muji kebaikan arwah yang pernah arwah lakukan. Haiqal pun memohon diri untuk pulang kerana hari sudah senja.
            Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal pergi ke warung Wak Min. Haiqal berbual-bual dengan Mak Senah isteri Wak Min. Kemudian, dating Pakcik Bakar dan berbual dengan Haiqal. Haiqal hanya membiarkan PakcikBakar melayani fikirannya. Dua orang jemaah dari masjid dating menuju ke meja Haiqal dan bertegur dengan mesra. Pak bakar memperkenalkan Wak Ariff dan Hj Salim kepada Haiqal. Hj Salim merupakan pemain gambus manakala Wak Ariff penari Zapin.

            Setelah berbual-bual di gerai, pak bakar mengajak Haiqal untuk pergi kerumahnya. Pak cik Bakar menceritakan kisah hidup arwah ayah Haiqal. Sewaktu arwah hidup, arwah menganggap See Hwa sebagai anaknya. Hampir pukul 2.00 pagi mereka berbual. Oleh itu, Haiqal membuat keputusan untuk pulang ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan