BAB 8 :
Haiqal tiba di Stesen Bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Seleranya pada pagi itu bagaikan tumpul. Haiqal mengeluarkan telefon bimbitnya dan terpampar satu mesej dari Ratna. Melihat akan waktu mesej itu dihantar, dia pasti Ratna menghantarnya selepas Ratna menutup gerainya itu. Haiqal hanya membiarkan mesej itu kerana tunggu dia sampai ke destinasi yang ditujui. Selepas itu, Haiqal pergi menunaikan solat subuh di surau yang berdekatan sebelum memulakan perjalanannya.
Setelah menyelesaikan solat, dia memilih untuk menaiki teksi kerana lebih mudah dan harga yang berpatutan. Pemandu teksi itu berumur 40-an tahun yang bernama Pak Cik Salleh. Haiqal menerangkan destinasi yang ditujuinya itu. Pak cik Salleh seorang yang peramah. Pak cik Salleh memberhentikan teksinya di hadapan gerai. Selepas itu, Haiqal turun dan menuju ke arah seorang lelaki yang sedang menebar roti canainya. Dia bertanyakan mengenai Cikgu Abdullah dan memperkenalkan dirinya itu. Lelaki itu bernama Wak Min dan isterinya bernama Mak Menah. Warung kecil itu mula didatangi pelanggan Wak Min. Tidak lama kemudian, seorang lelaki Cina sangat mesra menegur pelanggan-pelanggan itu. Kemudian, wak min mendekati lelaki cina itu dan menepuk bahunya dan seperti memberitahu sesuatu. Selepas itu, lelaki cina itu mendekati Haiqal. Haiqal berpendapat bahawa lelaki itu ialah Tauke Ong. Kemudian, Haiqal memperkenalkan dirinya dan Tauke Ong ingin menghantar Haiqal ke rumah ayahnya.
Sampai sahaja di rumah arwah ayahnya, Tauke Ong memberitahu biasanya Ong See Hwa yang membersihkan rumah ini dan kadang-kadang tidur di sini bersama kakaknya. Kemudian, Haiqal memberitahu bahawa See Hwa lah yang memberi kepadanya manuskrip. Selepas itu, terdapat sijil-sijil yang digantung di rumah ayahnya. Ternyata, arwah ayahnya adalah seorang yang sangat hebat. Dia benar-benar sebak kerana tidak dapat untuk jumpa dengan arwah ayahnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan