Selasa, 12 Januari 2016

SINOPSIS BAB 16 SILIR DAKSINA

BAB 16 :

Haiqal meninggalkan bumi semenanjung untuk menimba ilmu di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang . Dahulu uminya memang mendendami ayahnya tetapi telah terlebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
Ratna kini telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda. Mereka akam berkahwim pada penghujung tahun ini juga. See Hwa pula sangat sedih ketika kakiku melangkah meninggalkan Kampung Seri Purnama. Tauke Ong meminta Haiqal untuk kembali ke kampung itu semula

   Haiqal perlu menjadi seperti mana ayahnya untuk mewujudkan Aksara kembali. Dia belum ada apa-apa yang melayakkannya untuk memimpin Aksara kerana terlalu kecil dan kerdil. Manuskrip lama masih kemas dalam simpanannya. Baginya, manuskrip lama tanpa judul itu mewakili suatu perjalanan masa. Silir Daksina benar-benar mendamaikan.

SINOPSIS BAB 15 SILIR DAKSINA

BAB 15 :



Balai raya yang sebelum ini sepi dan seolah-olah mati, kembali berseri. Petang tadi, Haiqal membantu kerja-kerja memperkemaskan balai raya. Tidak terkecuali, See Hwa yang sama-sama mengemas bahagian dalam balai raya itu agar kelihatan cantik dan rapi. Penduduk kampung sibuk bergotong-royong memasak nasi jagung, kurma daging kambing dan daging lembu, ayam masak merah serta dalca untuk hidangan para tetamu. Seminggu sebelum acara persembahan dilangsungkan , Haiqal memaklumkan kepada walidnya tentang zapin jincat dan meminta walid, umi dan Nurul Aisyah mendoakannya agar dia dapat mempersembahkan tarian itu dengan sebaik mungkin. Berita yang amat mengejutkan apabila Lazim ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja dan dia tidak dapat menari. Pak Cik Bakar kelihatan resah dan bimbang kerana sudah tiada masa lagi untuk menukar dan berlatih dengan pasangan baru dalam persembahan itu. Haiqal dan Lazim sememangnya pasangan tarian yang serasi kerana masing-masing dapat membaca gerak dan langkah. Haji Salim mencadangkan See Hwa untuk menggantikan tempat Lazim kerana dulu sewaktu masih budak-budak See Hwa selalu berpasangan dengan Lazim. Haiqal diminta oleh Haji Salim untuk memujuk See Hwa. Selepas solat maghrib dia langsung ke rumah Tauke Ong. Haiqal berasa terkejut apabila melihat pakaian yang digosok oleh See Hwa ialah baju zapin. See Hwa berterus terang dengan Haiqal bahawa pada malam ini dia dan Lazim ingin membuat kejutan untuknya. Ini semuanya rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim tetapi telah berubah. Haiqal memujuk dan berharap See Hwa menggantikan Lazim dan gadis itu bersetuju. Pada malam itu, persembahan zapin D'Purnama berjalan dengan baik dan lancar. Walid , umi , dan Nurul Aisyah turut sama hadir bagi menyokongnya. Haiqal berasa sangat terharu dengan kehadiran mereka.

SINOPSIS BAB 14 SILIR DAKSINA

BAB 14 :


Sebuah balai telah dipasang dan di bawahnya dibina sebuah pentas rendah yang diperbuat daripada kayu dan papan lapis terpakai. Penari-penari zapin pula akan menari dihadapan pentas itu. Ada juga kalangan penduduk kampung itu yang hadir memberikan sokongan atau mencari sedikit hiburan. Jari jemari Haji Salim ligat memetik gambus. Wak Arif pula bertenaga memalu gendang panjang. Pak Cik Bakar dan dua rakannya memalu marwas. Semua pemain zapin telah dimamah usia. Antaranya Pak Cik Tasrif yang bermain arkodian. Haji Sulaiman yang menggesek biola dan Haji Leman memetik gambus bergilir-gilir dengan Haji Salim.
Setelah diajak berkali-kali oleh Pak Cik Bakar dan Haji Salim, akhirnya Haiqal mengalah juga dan memberanikan diri untuk bermain tamborin. Sewaktu Haiqal sedang berehat dan bersembang dengan ahli kumpulan zapin itu, Tauke Ong menyuruhnya untuk mencuba menari pula. Tetapi dia malu dan cuba menolaknya dengan cara yang baik. Haji Salim pula cuba meyakinkan Haiqal untuk menari. Haiqal mara dihambat perasaan gelisah dan tidak pernah terfikir baginya untuk menarikan tarian itu. Dia hanya mahu merasai suasana ketika ayahnya masih hidup dahulu.
   Akhirnya, Haiqal akur untuk menari zapin. Jika dia terus berkeras untuk menolak, bimbang Pak Cik Bakar, Haji Selamat , Wak Parmin, Abng Ramlan dan Wak Seman yang bersungguh-sungguh mahu mengajarnya akan berkecil hati pula. Pak Cik Bakar terus menarik tangan Haiqal dan mengarahkan Haiqal mengikut langkah kaki dan lenggok badannya.
Pak Cik Bakar memberitahu bahawa ayah Haiqal seorang kelaki yang mempunyai keinginan yang kuat dan luar biasa. Sehinggakan dia sanggup berpisah dengan umi hanya semata-mata kerana kecintaannya terhadap kebudayaan.
Sepetang di rumah Pak Cik Bakat, Haiqal menceritakan tentang semua perkara yang tertulis dalam manuskrip itu. Menurut manuskrip tersebut, ayahnya kata Ai Ling pandai menari zapin. Haiqal agak musykil akan perkara itu. Adakah Ai Ling seperti yang digambarkan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See Hwa? Pak Cik Bakar , mencadangkan Haiqal untuk mengenali See Hwa sementara masih berada di kampung ini lagi.
See Hwa mengajak Haiqal untuk bersiar siar di pantai yang agak terkenal di daerah itu . Mungkin inilah masa yang terbaik untuknya . Dia menyanggupi ajakan See Hwa itu. Petang itu cuaca amat baik. See Hwa memandu kereta ayahnya dengan tenang. Haiqal teringatkan Pantai Batu Buruk apabila dia melepaskan pandangannya ke pantai. Teringatkan juga Ratna yang kini kian menyepikan diri.

Haiqal tidak membantah apabila See Hwa mengajaknya berjalan-jalan di tepi pantai. Kini pantai ini menjadi mangsa hakisan ombak yang teruk. Bahagian tepi pantai ini terpaksa ditahan dengan bongkah-bongkah batu besar untuk mengelakkan hakisan. See Hwa mangatakan pantai ini terlalu istimewa untuk ayah Haiqal . Tambahnya lagi, ayah Haiqal juga pernah mengajaknya ke pantai ini dan bercerita tentang Haiqal. Jika Haiqal tidak balik ke sini, mungkin suatu hari nanti See Hwa pula akan ke Kuala Terengganu untuk mencari Haiqal. Segala yang tertulis dalam manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip yang tergantung itu perlu disempurnakan.

SINOPSIS BAB 13 SILIR DAKSINA

BAB 13 :


Pak Cik Bakar telah pun menyampaikan perkara itu kepada ketua kampung Seri Purnama, Haji Jamil. Haji Jamil telah bersetuju untuk mengadakan satu pertemuan dengan ahli JKKK dalam masa yang terdekat. Perkara itu segera disampaikan kepada See Hwa oleh Haiqal. Kemudian, See Hwa berjanji untuk menunaikan amanah arwah ayah Haiqal dengan menyerahkan beberapa buah buku yang ditulis oleh arwah. Haiqal mengucapkan terima kasih sebaik sahaja menerima buku itu.
Menurut gadis yang fasih berbahasa melayu itu, ayah Haiqal sangat baik dan sangat perahsia. Dia tidak pernah menceritakan masalah kesihatan yang dialaminya. Arwah datuk dan ayah Haiqal juga banyak membantu keluarga See Hwa dan menganggap mereka seperti keluarga sendiri. See Hwa akan membantu Haiqal qwalau apapun yang dia usahakan kerana itu pesanan arwah ayahnya kepadanya. Arwah sangat sayang akan Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih atas kebaikan See Hwa.
Mereka rancak berbual-bual sehinggalah kepulangan Tauke Ong. Tauke Ong memuji cadangan Haiqal untuk menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama semula. Bagi Haiqal, bukan mudah untuk menghidupkan kumpulan zapin ini semula. Haiqal bimbang tentang kekurangan penari zapin tetapi Tauke Ong mengatakan bahawa beberapa orang anak muda di kampung itu berkebolehan dalam tarian zapin. Suasana di rumah Tauke Ong menjadi meriah apabila Tauke Ong dan Puan Khei bergurau. Haiqal tidak berasa kekok di tengah-tengah keluarga itu. Dia juga senang meluahkan konfliknya kepada See Hwa. See Hwa menasihatinyaagar banyak bersabar dan tabah menghadapi rintangan itu.
Kemudian, mereka berbual pula tentang bakat menulis yang ada pada Haiqal. Mernurut arwah ayah Haiqal, jika kita mensia-siakan bakat yang dikurniakan tuhan, ini seolah-olah kita mengkhianatinya. See Hwa mengingatkan Haiqal untuk tidak mensia-siakan bakat yang ada. Abdullah Bin Kayan akan memberikan manuskrip  yang telah disiapkannya kepada See Hwa.itulah yang menyebabkan See Hwa fasih berbahasa melayu. 
Setelah itu, Haiqal menghabiskan masanya di rumah dengan membaca novel-noveldan antologi cerpen tulisa arwah ayahnya. Kebanyakan cerpen ayahnya berkisar tenteng dunia keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan kebudayaan di situ. Dia amat mengagumi bakat keperangan yang dimiliki oleh ayahnya. Ketika dia asyik membaca novel karya ayahnya, Pak Cik Bakar datang kerumahnya untuk mengundangnya See Hwa dan Tauke Ong tentang zapin di balai raya. Haiqal segera memaklumkan tentang perkara itu kepada See Hwa. Kemudian dia duduk di anak tangga dan memikirkan masa depannya selepas mendapat keputusan STPM. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru seperti arwah ayahnya.
Ketika di balai raya, Haiqal duduk bersebelahan Pak Cik Bakar. Haiji Jamil meminta persetujuan penduduk kampung untuk menghiduakan kumpulan zapin D'purnama semula. Semua penduduk kampung bersetuju untuk menerima cadangan itu. Haiqal berasa sangat lega. Haji Jamil mengaharapkan kerjasama daripada penduduk kampung kerana inilah salah satu cara untuk mengenang jasa Cikgu Abdullah. Malam itu juga pembahagian tugas sempena majlid itu dilakukan. Haji Jamil akan mengundang  Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu sebagai tetamu.

Haiqal tidak terus pulang. Dia sempat berbual dengan Pak Cik Bakar dan Haji Salam tentang ayahnya dan aksara. Sejak ayahnya meninggal dunia, aksara seperti hilang hala tuju. Ketokohan ayahnya dalam bidang kesusateraan telah diiktiraf oleh kerajaan negeri. Menurut Haji Salim, ayah Haiqal seorang yang cekal. Keazamannya terlalu kuat dan sentiasa membara .

SINOPSIS BAB 12 SILIR DAKSINA

BAB 12 :



Petang minggu Haiqal pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim.Balai raya itu kurangg terurus tetapi ada bahagian yang dijaga rapi.Satu bilik bacaan dan satu lagi galeri pameran.Bilik bacaan terdapat terdapat banyak buku,makalah dan majalah yang tersusun rapi .Bilik bacaan itu merupakan idea ayah Haiqal.Dia yang banyak menyumbang buku dalam bilik tersebut.See Hwa yang menguruskan bilik itu sekarang.Selepas itu,mereka pergi melihat galeri pameran.Haiqal terpempan melihat buku-buku yang dikarang oleh ayahnya tersusun di almari berkunci.Sejarah hidup ayahnya juga di tampal di bilik itu.Ada juga album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.Dia tertarik dengan gambar ayahnya bersama kumpulan zapin D'Purnama.Lazim menceritakan sedikit tentang kebolehan ayahnya dan jasanya terhadap kampung itu.Dia bertanya kepada Lazim tentang zapin di kampung itu .Kemudian See Hwa dan Haiqal pergi warung Wak Min .Lazim pulang awal.Haiqal tanya See Hwa tentang aksara yang merupakan satu perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh ayahnya.See Hwa juga emberitahu Haiqal bahawa arwah ayahnya mahu seseorang untuk menghabiskan manuskripnya itu iaitu Haiqal.Malam itu,Haiqal menyelak catatan arwah ayahnya yang berkisarkan peralatan dan jenis zapin .Dia mahu menyaksikan tarian zapin itu.Kemudian dia terus ke warung Wak Min untuk berjumpa Pak Cik Bakar.Haiqal mengajukan cadangannya kepada Pak Bakar.Dia setuju tetapi dia perlu berbincang dengan ketua kampung .Penduduk kampung bersyukur dengan kepulangan Haiqal kekampung kerana dia seperti arwah ayahnya .Dia teringat akan uminya di pantai timur dan dia tidak terlintas untuk melukakan hati uminya.Namun,dia ada hak untuk sayang arwah ayahnya .Sebulan lebih dia di Kampung Seri Purnama,dia mula mendapat keserasian di ditu.Dia mendapat layanan yang baik.Dia juga berterima kasih kepada See Hwa kerana banyak membantunya mengenali arwah.

SINOPSIS BAB 11 SILIR DAKSINA

BAB 11:


            Sudah seminggu Haiqal berada di Johor. Selama dia berada di sana, Tauke Ong banyak membantunya, terutama tentang duit simpanan arwah ayahnya dan juga hasil jualan kelapa sawit. Haiqal memberitahu Tauke Ong bahawa dia lebih selesa jika tauke ong yang menguruskan harta kebun-kebun itu kerana dia tidak mempunyai pengalaman tentang kebun-kebun. Hal ini ditolak oleh tauke ong kerana tauke ong menganggap bahawa inilah masa yang sesuai untuk Haiqal menguruskan kebun-kebun ini. Abang Bidin dan Salleh mengambil upah memotong kelapa sawit. Mereka pun sudah menerangkan kerja-kerja mengenai kebun-kebun itu kepada Haiqal. Mulai dari sekarang, dia harus belajar serba sedikit mengenai kebun kelapa sawit. Sekurang-kurangnya, dapat juga menimba pengalaman.
            Dalam masa seminggu itu, haiqal sempat berkenalan dengan remaja yang sebaya dengannya antaranya ialah Lazim anak Hj Salim. Lazim juga menunggu keputusan STPM tetapi dia mengambil aliran ekonomi. Suatu hari, Lazim meminta izin kepada Haiqal untuk tidur di rumahnya. Mereka berbual-bual lagi mengenai ayahnya itu. Ayahnya itu dulu mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Dalam banyak-banyak murid, ayahnya rapat dengan See Hwa berbanding murid-muridnya yang lain.
            Setelah selesai Haiqal mengerjakan solat maghrib, dia pergi ke gerai untuk membeli dua bungkus mi goring kerana dia tidak mahu Lazim kelaparan. Sampai sahaja di rumah Haiqal, Lazim mengusik Haiqal kerana Haiqal sedang melihat rumah Tauke Ong. Kemudian, Lazim mengajak Haiqal  untuk pergi ke Balai Raya kerana di Balai Rayalah banyak maklumat tentang ayah Haiqal. Haiqal bertanya kepada Lazim sama ada dia pandai menari zapin ataupun tidak. Lazim pandai menari zapin sewaktu usianya masih kecil.

            Ketika laungan azan solat subuh, Lazim terus bangun dan mengejutkan Haiqal dan terus mendapatkan motosikalnya. Setelah menunaikan solat subuh, Haiqal duduk di anak tangga. Tiba-tiba See Hwa datang kerumahnya dan melemparkan senyuman. See Hwa mengajak Haiqal untuk bersarapan di Pekan. Setelah sampai di gerai, Tauke Ong ingin pergi ke kedai Tauke Leong untuk mengambil duit. Kemudian, Haiqal mengambil kesempatan untuk bertanyakan tentang ayahnya kepada See Hwa.

SINOPSIS BAB 10 SILIR DAKSINA

BAB 10 :


            Tauke Ong bermurah hati untuk meminjamkan Haiqal motorsikalnya itu. Haiqal berhajat untuk menziarahi kubur ayahnya itu. Menurut kata Tauke Ong, kubur ayahnya mempunyai pohon kemboja yang paling besar dan mudah untuk dicari. Dalam 10 minit, haiqal sampai di kawasan perkuburan. Haiqal mengusap-usap lembut batu nisan kubur ayahnya. Dia menyedekahkan bacaan surah yasin dan berdoa. Setelah itu, dia mencabut rumput-rumput halus yang tumbuh di kawasan kubur ayahnya. Daun-daun yang bertaburan juga dia kutip. Hatinya amat berat untuk meninggalkan kubur arwah ayahnya itu.
            Selepas itu, semasa dia menunggang motorsikal, dia terjumpa sekumpulan orang remaja yang sedang memancing ikan di tepi parit. Dia memberikan senyuman kepada remaja-remaja itu. Kemudian, hatinya tergerak untuk menegur lelaki-lelaki itu. Selepas itu, mereka pun berbual mengenai arwah ayahnya itu. Lelaki itu bernama Pak Cik Bakar. Pak cik Bakar itu memuji-muji kebaikan arwah yang pernah arwah lakukan. Haiqal pun memohon diri untuk pulang kerana hari sudah senja.
            Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal pergi ke warung Wak Min. Haiqal berbual-bual dengan Mak Senah isteri Wak Min. Kemudian, dating Pakcik Bakar dan berbual dengan Haiqal. Haiqal hanya membiarkan PakcikBakar melayani fikirannya. Dua orang jemaah dari masjid dating menuju ke meja Haiqal dan bertegur dengan mesra. Pak bakar memperkenalkan Wak Ariff dan Hj Salim kepada Haiqal. Hj Salim merupakan pemain gambus manakala Wak Ariff penari Zapin.

            Setelah berbual-bual di gerai, pak bakar mengajak Haiqal untuk pergi kerumahnya. Pak cik Bakar menceritakan kisah hidup arwah ayah Haiqal. Sewaktu arwah hidup, arwah menganggap See Hwa sebagai anaknya. Hampir pukul 2.00 pagi mereka berbual. Oleh itu, Haiqal membuat keputusan untuk pulang ke rumah.

Isnin, 11 Januari 2016

SINOPSIS BAB 9 SILIR DAKSINA

BAB 9 :


Tauke Ong menepati janjinya. Dia dan anaknya, See Hwa telah terpacul kira-kira pukul 12 tengah hari dihalaman rumah. Haiqal cuba menenangkan dirinya yang gelisah apabila melihat See Hwa. Mereka akan ke pekan untuk makan nasi daun pisang. Haiqal tidaklah terlalu teruja kerana dia tidaklah terlalu cerewet. Namun, Haiqal lebih tertarik dengan senyuman Ong See Hwa sewaktu dia membuka pintu. Ada sepasang lesung pipit sewaktu See Hwa tersenyum.
Sepanjang perjalanan ke pekan, See Hwa hanya berdiamkan diri. Tauke Ong pula mengajukan beberapa soalan kepada Haiqal. Menurut Tauke Ong, Haiqal perlu menguruskan beberapa perkara yang ditinggalkan ayahnya untuknya. Sebelum Haiqal tiba di Kampung Seri Purnama, Tauke Ong telah menjaga amanah arwah ayahnya dengan mengerjakan tanahya di baruh dan di belakang rumah yang telah ditanami dengan pokok kelapa sawit. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana telah menjaga amanahnya. Tauke Ong mengatakan bahawa jasa keluarga arwah ayah Haiqal sangat banyak kepada keluarganya. 
Setibanya di sebuah restoran mamak, Tauke Ong mengarahkan Haiqal dan See Hwa turun dan  makan disitu. Tauke Ong perlu ke bank atas urusan lain. Sebaik sahaja masuk ke dalam restoran, See Hwa di sapa oleh seorang pelayan lelaki di situ. Kemudian, dia mengajak Haiqal duduk di sebuah meja yang terletak di pojok restoran itu. See Hwa memanggil seorang pelayan di restoran itu. Dia memperkenalkan Haiqal kepada pelayan itu sebelum dia memesan makanan. Setelah itu, merekan bungkam seketika.
Ong See Hwa memulakan bicaranya dahulu dengan memberitahu perkara yang diceritakan oleh Cikgu Abdullah tentang negeri Terengganu. Haiqal pula membalas dengan mengatakan keistimewaan yang terdapat di negeri Johor. Tiba-tiba, Haiqal teringatkan Ratna yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya. 
Makanan yang mereka pesan telah dihantar oleh salah seorang pekerja di restoran itu. Mereka makan sambil berbual-bual tentang topik yang sepatutnya sahaja. Menurut See Hwa arwah ayah Haiqal pandai memasak. Bagi Haiqal, See Hwa sangat beruntung kerana dia mengisi kekosongan jiwa ayahnya hingga ke akhir hayatnya. Dia yakin bahawa See Hwa banyak meyimpan rahsia hidup ayahnya. Watak Ai Ling yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See Hwa. 
Selesai makan, See Hwa mengajak Haiqal ke kedai buku sementara See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya, Haiqal mengambil keputusan untuk membeli beberapa buah majalah berkaitan bahasa dan sastera. Setelah itu, See Hwa menunjukkan dua buah novel melayu. See Hwa suka membaca novel melayu dan inggeris. Haiqal dan See Hwa meminati penulis yang sama. Manuskrip yang ditulis ayahnya membuatkannya mengetahui sebahagian tentang gadis itu.

Setibanya di rumah, Haiqal terus menyandarkan tubuhnya di sofa. Seketika kemudian, telefon bimbit Haiqal bergetar beberapa kali. Dia membaca sms yang dihantar oleh Asiyah yang menyatakan kesunyian yang dialaminya. Haiqal amat merindui keluarganya dan Ratna. Baginya, inilah yang dinamakan pengorbanan.

SINOPSIS BAB 8 SILIR DAKSINA

BAB 8 :


            Haiqal tiba di Stesen Bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Seleranya pada pagi itu bagaikan tumpul. Haiqal mengeluarkan telefon bimbitnya dan terpampar satu mesej dari Ratna. Melihat akan waktu mesej itu dihantar, dia pasti Ratna menghantarnya selepas Ratna menutup gerainya itu. Haiqal hanya membiarkan mesej itu kerana tunggu dia sampai ke destinasi yang ditujui. Selepas itu, Haiqal pergi menunaikan solat subuh di surau yang berdekatan sebelum memulakan perjalanannya.
            Setelah menyelesaikan solat, dia memilih untuk menaiki teksi kerana lebih mudah dan harga yang berpatutan. Pemandu teksi itu berumur 40-an tahun yang bernama Pak Cik Salleh. Haiqal menerangkan destinasi yang ditujuinya itu. Pak cik Salleh seorang yang peramah. Pak cik Salleh memberhentikan teksinya di hadapan gerai. Selepas itu, Haiqal turun dan menuju ke arah seorang lelaki yang sedang menebar roti canainya. Dia bertanyakan mengenai Cikgu Abdullah dan memperkenalkan dirinya itu. Lelaki itu bernama Wak Min dan isterinya bernama Mak Menah. Warung kecil itu mula didatangi pelanggan Wak Min. Tidak lama kemudian, seorang lelaki Cina sangat mesra menegur pelanggan-pelanggan itu. Kemudian, wak min mendekati lelaki cina itu dan menepuk bahunya dan seperti memberitahu sesuatu. Selepas itu, lelaki cina itu mendekati Haiqal. Haiqal berpendapat bahawa lelaki itu ialah Tauke Ong. Kemudian, Haiqal memperkenalkan dirinya dan Tauke Ong ingin menghantar Haiqal ke rumah ayahnya.

            Sampai sahaja di rumah arwah ayahnya, Tauke Ong memberitahu biasanya Ong See Hwa yang membersihkan rumah ini dan kadang-kadang tidur di sini bersama kakaknya. Kemudian, Haiqal memberitahu bahawa See Hwa lah yang memberi kepadanya manuskrip. Selepas itu,  terdapat sijil-sijil yang digantung di rumah ayahnya. Ternyata, arwah ayahnya adalah seorang yang sangat hebat. Dia benar-benar sebak kerana tidak dapat untuk jumpa dengan arwah ayahnya itu.

SINOPSIS BAB 7 SILIR DAKSINA

BAB 7 :


Selepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal Selepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia akan kembali.

Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

SINOPSIS BAB 6 SILIR DAKSINA

BAB 6 :


            Kali ini, Haiqal benar-benar nekad untuk pergi ke kampong arwah ayahnya. Dia percaya hanya Ratna sahaja yang memahaminya ketika itu.  Ratna berkata kepada Haiqal jika hal itu membuatkan Haiqal tenang dan bahagia, dia merelakan Haiqal untuk pergi dan berdoa agar Haiqal selamat sampai ke sana. Dalam dirinya ada perasaan sayu sebenarnya. Selepas itu, Ratna bertanyakan kepada Haiqal sama ada uminya sudah mengizinkan atau belum. Ratna menasihatkan Haiqal agar sentiasa tabah.

            Selepas pulang dari gerai, Haiqal terus pulang ke rumah. Haiqal ingin meminta izin uminya untuk pergi ke Johor tetapi mendapat tentangan dari uminya. Haiqal tetap tegas dengan keputusannya. Walauapapun yang terjadi, dia tekad untuk pergi ke Johor. Ayah tirinya itu meredakan keadaan. Lama-kelamaan, uminya mengizinkan tetapi uminya tidak akan memberi Haiqal sebarang wang pun. Hati uminya itu sangat sakit apabila diperlakukan sebegitu. Selepas itu, ayah tirinya berjumpa dengan Haiqal. Dia berkata kepada Haiqal supaya jangan khuatir kerana walidnya akan memberi sejumlah wang diperlukan. Ayah tirinya itu sangat baik orangnya.

SINOPSIS BAB 5 SILIR DAKSINA

BAB 5 :


Haiqal amat rindu ayahnya yang telah meninggalkannya. Dia juga amat terkilan apabila tiada memori indah yang dicatatkan bersama-sama ayahnya. Selepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.
Haiqal membelek-belek lagi manuskrip itu. Pelbagai persoalan yang timbul dalam mindanya tenteng Ai Ling dan Ong See Hwa. Suasana di Seri Purnama tergambar di matanya dan hatinya terpanggil untuk ke sana. Haiqal amat kagum dengan kehebatan ayahnya. Baginya, ayahnya bukan calang-calang orang kerana kehebatannya dalam menari zapin dan memalu kompang. Dia berasa rugi kerana tidak dapat hidup bersama ayahnya. 
Dunia umi dan walidnya ialah perniagaan butik dan kilang butik. Uminya mahukan dirinya mengambil alih empayar perniagaannya tetapi Nurul Asiyah yang menunjukkan kesungguhan dan minatnya terhadap perniagaannya.
Haiqal merasakan bahawa dia perlu mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan uminya. Dia tidak pernah membuat keputusan sehinggakan dia benar-benar makan hati dengan sikap uminya.
Sewaktu ayahnya meninggal dunia, dia tidak dapat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir kerana menduduki peperiksaan UPSR. Uminya langsung tidak memberikan ruang. Dia berasa sangat sedih. Dia tidak dapat merasai dakapan kasih sayang ayahnya walau hanya seketika.
Segala persoalan tentang umi dan ayahnya masih belum terjawab. Dia risau akan dikatakan biadap jika bertanyakan tentang persoalan-persoalan itu kepada uminya tetapi uminya pernah beritahunya bahawa dia akan mengetahui semuanya setelah dewasaSelepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

SINOPSIS BAB 4 SILIR DAKSINA

BAB 4 :

Setelah  membaca manuskrip ayahnya itu, Haiqal terus menangis. Dia tertanya-tanya adakah sepatutnya dia pergi ke kampong ayahnya atau tidak. Dia bingung bagaimana harus dia berterus terang dengan uminya itu. Pada pukul 10.05 malam, dia pergi ke Pantai Batu Buruk untuk menemui rakan karibnya, Ratna di gerai. Dia menceritakan kepada Ratna mengenai manuskrip yang dibacanya itu. 

SINOPSIS BAB 3 SILIR DAKSINA

BAB 3 :

(i)
     Secangkir kopi o pekat menjadi penemanku untuk bersengkang mata sehingga dinihari. Aku teringatkan anak kecil itu tadi. Aku tertarik hati melihat dia mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih menari dengan gembira.  Apabila menyedari memerhatikannya, dia tersipu-sipu dan dia segeraberlari mendapatkan ayahnya. Keletahnya amat menghiburkan aku. 
Bunyi alat-alat muzik yang saling bertingkah enak untuk didengar. Irama berentak jingcat, masri,melayu dan alip-alip yang silih berganti amat mengasyikkan. Aku mengagumi rakan-rakan sebayaku yang gigih berlatih menari zapin. Golongan vateran di kampungku amat bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Aku akan datang ke balai raya untuk belajar meskipun aku tidak mahir menari zapin. Selesai berlatih zapin, kami akan duduk di warung Pak Dolah untuk bersembang-sembang.
Suatu malam sebelum aku pulang ke rumah , aku berborak-borak dengan Tauke Lim . Tauke Lim sempat bergurau denganku membuatkan aku ketawa . Aku terus memuji Ai Ling yang mempunyai bakat dalam tarian zapin . Aku bercadangkan kepada Tauke Lim untuk membenarkan Ai Ling menyertai kumpulan zapin kanak-kanak yang sedang aku asuh sekarang tetapi Ai Ling seorang yang sangat pemalu . 
Sebenarnya apabila teringat Ai Ling , aku akan teringat Aiman yang seusia dengannya . Terubat rinduku terhadap Aiman Apabila melihat Ai Ling . Ai Ling bukan sahaja periang malah manja . 
Kopi yang telah ku bancuh tadi kini ku hirup. Mataku payah hendak lelap sejak kebelakangan ini. Kadang-kadang aku melaksanakan tugas, bersembang dengan Tauke Lim atau menulis puisi atau cerpen. Ilham adakalanya datang dan adakalanya tiada. 
Aku melihat kearah rumah Tauke Lim . Tanah yang didiaminya sebenarnya dibeli daripada arwah ayahku yang pada asalnya tanah itu merupakan kebun getah yang terbiar . Suatu petang , Tauke Lim bertemu dengan ayahku dan berbual-bual tentang kebun getah milik ayah . Sebelah malamnya pula , ayah memberitahu ibu tentang kehadiran Tauke Lim ke sini . Ayah juga bercerita tentang Tauke Lim sebelum dia ke kampung ini .
Hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah akrab. Dia akan membawa keluarganya ke rumahku jika ada masa lapang dengan membawa buah tangan. Tauke Lim amat rajin. Dia dan isterinya akan menoreh getah pada sebelah pagi dan meronda untuk meraih hasil-hasil kampung untuk dijual pada sebelah petang. Hasil kegigihannya,Tauke Lim dapat mengumpulkan wang dan membeli setengah ekar kebun getah ayah untuk dijadikan tapak rumah yang kekal sehingga hari ini.
Dalam diam , sudah hampir lapan belas tahun Tauke Lim menetap di desa ini . Anak sulungnya kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan Ai Ching akan menduduki peperiksaan SPM . Tauke Lim betah tinggal di desa ini kerana hidupnya sekeluarga seperti orang melayu . Arwah ayahku amat menyayangi Ai Ling dan Ai Ching . Ayahku menganggap mereka seperti cucu sendiri kerana merekalah tempat ayah menumpahkan kasih sejak emak tiada .  Aku teringatkan Aiman . Nostalgia itu terlalu menyentuh hatiku . 
Pagi yang kelihatan pucat . Tauke Lim , Ai Ching dan Ai Ling datang ke rumahku untuk memintaku menumpangkan anak-anaknya ke sekolah dan memintaku membelikan bateri kereta . Aku menerima mereka dengan senyuman . Anak-anak Tauke Lim bersekolah di sekolah kebangsaan kerana Tauke Lim berpendapat bahawa sekolah melayu dan sekolah cina sama saja . Perkara yang penting ialah mereka belajar dan rajin . Aku memulakan perbualan dengan Ai Ling dengan mengajaknya menumpangku ke sekolah . Ai Ling menolak dengan baik kerana tidak mahu menyusahkanku . Ai Ling berjanji untuk meminta izin daripada ibu bapanya setelah aku cuba untuk mendapatkan kebenaran untuk Ai Ling menumpangku ke sekolah .
Tiba di sekolah, Ai Ling berjalan agak pantas menuju ke bangunan kantin setelah mengucapkan terima kasih kepadaku . Ingatanku terhadap Aiman kembali menyerang . Jeritan loceng telah menyentap lamunanku . Aku mengeluarkan barang-barangku dari perut kereta menuju ke bilik guru . 
Hanya aku dan cikgu Tipah sahaja di dalam bilik guru itu cikgu tipah menanda buku pelajarnya sambil membebel . Aku hanya mendengar dan bercakap tentang pelajar-pelajar zaman sekarang . Ketika aku asyik menyemak minit mesyuarat , cikgu Tipah bercakap tentang Ai Ling . Menurut cikgu Tipah , Ai Ling berminat hendak belajar Pendidikan Agama Islam dan lebih suka membaca buku kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh islam . Bagiku, ini merupakan satu permulaan yang baik untuk aku mendekatinya .

(ii)
Aku membantu Tauke Lim menukar bateri keretanya. Keadaan berlecak di tempat letak kereta rumah Tauke Lim menyebabkan ketidakselesaan ketika sedang menukar bateri kereta itu. Tauke Lim sendiri mahu membuat rumah kereta supaya keadaan itu dapat dielakkan. Aku juga ada bergurau dengan Tauke Lim supaya menukar kereta. Sifat jimat cermat yg ada pada diri tauke lim membuatkan pada fikirannya ia hanya membazir kerana dia tidak berjalan jauh.Selapas itu, Tauke Lim mengajak Aku utk ke pekan. Aku terlihat senyuman Ai Ling semasa mengundurkan kereta namun senyuman Aiman juga yg lebih manis berbanding senyuman Ai Ling. Sesampai mereka di kedai mamak itu, mereka dapat melihat kedai itu sesak kerana kedai itu berdekatan dengan kawasan perindustrian. Tauke Lim bertanya kepada Aku tentang Aku yg mengajak Ai Ling tumpang menaiki keretanya utk ke sekolah. Tauke Lim segan kerana keluarga Aku banyak membantu keluarganya. Aku menyatakan kesunyiannya kerana tiada keluarga di sisi. Aku tidak mahu suasana menjadi hiba lalu bertanya kepada Tauke Lim sama ada keluarganya dapat menghadirkan diri mereka utk ke latihan zapin dan kompang kerana Aku tidak dapat mengikutinya. Keluarga Tauke Lim semestinya menghadirinya kerana mereka amat meminati seni kebudayaan.
(iii)
Lagu selendang mak inang yg dimainkan oleh kumpulan zapin dpurnama sememangnya mencuit perasaan . Beberapa org penduduk kmpg yg menyaksikan latihan itu turut bertepuk tngn mengikut rentak lagu yg dimainkan . Setelah dipujuk oleh tauke lim akhirnya aku juga turut menyertai mereka menari bersama wak aruf , wak parmin , roslan dan ramli . Aku sempat menjeling ke arah ai ling yang kelihatan ceria melihat aku menari . Setelah selesai latihan , pak hj salam yg merupakan ketua kump zapin dpurnama berjumpa dengan aku tauke lim dn bbrp rakan lain yang terlibat di ats pentas . Pak hj salam memberitahu bahawa yb samsuri dan pegawai drps yayasan wawasan negeri juga akn dtg ke kmpg mereka dua minggu lagi . Jadi mereka perlu membuat persediaan yg rapi supaya semua berjln lancar kerana rentak tarian zapin jincat ni akn dikaji dn diwartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Zapin ni juga akn dipersembahkan kepada menteri besar pada bulan november . Mereka perlu buat yg terbaik kerana ini sajalah peluang utk menghidupkan kumpulan dpurnama yg sudah lebih 20 tahun terkubur . Hj kemat memintaku untuk menyiapkan atur cara pembersahan nnt dn begitu juga paluan kompang utk menyambut yb samsuri dn pegawai drpd yayasan itu . Tauke lim pula ingin menanggung kos perbelanjaan untuk bahagian jamuan . Selepas bersurai , aku berbincang pula dengan roslan , ramli dan abg bakir . Aku meminta cadangan daripada abang bakir utk aturcara majlis . Abg bakir mencadagkan supaya diadakan persembahan puisi sama ada daripada anak muridnya ataupun dari dia sendiri kerana bakat yg ada tidak boleh disimpan  . Abang bakir memujuknya supaya tidak merajuk lagi . Adakah aku merajuk ataupun sebenarnya aku telah tenggelam.
(iv)
Aku melangkah pantas ke tempat letak kereta,akusudah terlewat kerana berbincang dengan Cikgu Zanariah,guru bertanggngjawab untuk mengurus pertandingan puisi.Aku lihat Ai Ling tergolong dalam senarai nama murid yang memasuki pertandingan.Ketika itu,Ai Ling sedang menunggunya sambil membaca buku puisi.Ai Ling suka berpuisi tapi dia takut untuk bertanding kerana tidak pernah menyertainya sebelum ini .Aku menyarankannya untuk belajar dia belajar denganku.Petang itu,Ai Ling datang ke rumahku bersama Ai Ching.Aku meminta Ai Ling membaca sajak yang dipilih berulang kali manakala Ai Ching membaca majalah yang berada di atas meja .Setelah berpuas hati dengan kelancaran Ai Ling,aku menyuruh dia berdiri untuk menguji pernafasannya.Aku mengingatkannya supaya tidak berputus asa untuk melakukan perkara tersebut.Ai Ling berterima kasih denganku kerana mengajarnya.Setelah itu,mereka pulang.
(v)
Kemenangan Ai Ling dalam mendeklamasikan sajak menjadi buah mulut penduduk kampung.Tauke Lim telah belanja pelanggan di Warung Pak Dolah asbab kemenangan anaknya.Tauke Lim juga mengucapkan terim kasih kepadaku sebab mengajar Ai Ling.Ada segelintir penduduk kampung bertanya kepadaku mengapa tidak meneruskan kebolehanku.Aku masih tiada jawapan sehingga teringatkan kenangan manis ketika aku muda dahulu dan mengingatkan kembali kepada Aiman.Hidupku seperti ayah yang menjadikan Ai Ling sebagai tumpangan untuk mencurahkan kasih.
(vi)
Kampung Seri Purnama telah menjayakan persembahan zapin dihadapan YB Samsuri dan Yayasan Warisan Negeri.Paluan kompang bergema sebaik YB Samsuri masuk.Yang membuat persembahan semua telah besedia.Majlis bermula pada jam 9.30 malam,setelah bacaan doa,Ai Ling mendeklamasikan sajaknya.Kemudian,persembahan zapin D'Purnama.Mereka telah melakukan persembahan sebaiknya sehingga dapat peruntukan kewangan bagi melengkapakan peralatan dan pakaian zapin.Majlis diakhiri dengan lagu Gholiyabu.Kemudian penduduk kampung YB Samsuri dan Yayasan Warisan Negeri menikmati juadah yang disediakan .Mereka semua berpuas hati dengan majlis pada malam itu.Pihak tertentu juga sedang mencari jalan bagi mendekatkan anak muda dengan kebudayaan untuk menjadi pelapis mereka.
(vii)
Masa berlalu dengan pantas,Ai Ling sudah berusia 12 tahun.Kesihatan diriku juga mengancam kegiatanku kerana terpaksa berulang-alik ke hospital.Namu tetap kugagahkan juga tugasku,aku tidak mahu mereka melihat kesakitanku.Pada suatu petang,aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke pantai.Aku mengajak Ai Ling duduk di sebatang pokok kelapa yang tumbang dan berbual dengannya tentang sejarah hidupku.Pelbagai perkara yang Ai Ling tahu mengenaiku.Semua perkara yang berlaku dalam hidupku membuatkan aku sedar bahawa kehidupan initidak ubah seperti merentas samudera yang luas tetapi itulah hakikat yang harus ku telan.
(viii)
Bagiku bulan Ogos merupakan yang menyesakkan kerana Kampung Seri Purnama menjadi tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan Program Berkampung dan berpuisi akan dilancarkan. Aku mengira orang yang sibuk dalam majlis tersebut.Ai Ling juga giat berlatih untukmemantapkan persembahannya.Petang itu,aku duduk di beranda rumah sambil menyemak buku draf program.Suara alam sememangnya indah,aku tidak tahu berapa lama lagi bisa mendengar nyanyian.Aku hanya mampu berdoa untuk diberikan kekuatan.Ai Ling datang membawa makanan kegemaranku .Ketika itu,aku sedang menulis manuskrip dan berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama membacanya.Aku merasakan bahawa saat-saat bersama Ai Ling sesuatu yang harus aku hargai.Kemudian,Ai Ling bertanya kepadakuadakah aku sakit namun aku menafikannya.Ai Ling juga bertanya kepadaku bila untuk membawa Aiman ke sini dan aku hanya menjawab suatu hari nanti.Adakalanya aku kasihan kepada Ai Ling tetapi aku berharap suatu hari nanti Ai Ling akan mengerti juga.
(ix)

Dua hari lagi majlis Sekampung Puisi akan dijalankan. Balai raya dicat baharu. Pelbagai buku sastera dipamerkan di situ. Puisi yang akan dibacakan juga dipaparkan. Gambar dan profil penulis karya sastera tersohor tanah air juga dipamerkan. Pentas persembahan juga terhias indah. Semua pemduduk kampung sibuk bergotong-royong bagi menjayakan majlis itu. Seandainya program itu berhasil, Aksara yang pernah aku sebut dahulu pasti akan lahir di sini. Dalam waktu yang singkat, aku dapat menyiapkan puisi tersebut. Sebahagian maniskrip sempat aku taip dan aku simpan dalam sekeping sampul surat besar. Sakit kepala yang menyerang terpaksa aku tahan. Sebelum tidur, aku menunaikan solat sunat kerana tetasa Allah begitu hampir denganku. Malam itu, aku merasakan keanehan dalam diriku. Rinduku terhadap Aiman terlalu mendalam. Aku ambil potretnya lalu aku tatapi dan aku dakapkan ke dada. "Aiman, ayah amat rindu Aiman. Datanglah Aiman". Aku terus menangis.

Ahad, 10 Januari 2016

SINOPSIS BAB 2 SILIR DAKSINA

BAB 2 :


Suasana petang yang amat mendamaikan di kawasan Pantai Batu Buruk. Haiqal menikmati segelas teh tarik dan sepiring keropok lekor di sebuah gerai yang menghadap ke pantai. Ketika Haiqal sedang asyik menikmati juadahnya, seorang gadis duduk di hadapannya sambil tersenyum. Haiqal begitu mengagumi gadis yang bernama Ratna itu. Ratna mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya. Walaupun Ratna tidak berjaya dalam SPM, Ratna tidak pernah berputus asa. Impian Ratna ialah ingin memiliki restoran sendiri di bandar Kuala Terengganu. Dia juga senang berkawan dengan Haiqal kerana Haiqal memberi semangat kepadanya. Haiqal juga sempat menyembunyikan kekecewaannya apabila gagal ditempatkan di institut pengajian tinggi. Namun begitu, Haiqal menempatkan dirinya di tingkatan enam aliran sastera. Haiqal bercadang untuk menghayati manuskrip ayahnya sementara menunggu keputusan STPM. Kemudian, Haiqal mengajak Ratna berjalan-jalan di pantai. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah pantai. Pantai itu telah mengingatkan Haiqal kepada ayahnya. Di pantai itulah ayahnya bertemu dengan uminya. Ratna bertanyakan tentang umi dan ayahnya. Namun, Haiqal akan menemui jawapannya setelah membaca manuskrip itu. Rupa-rupanya, uminya tidak mengetahui manuskrip yang dikirimkan oleh seorang yang berbangsa cina, Ong See Hwa  menggunakan pos laju. Alamat Ong See Hwa sama dengan alamat yang tercatat dalam sijil kelahirannya iaitu di Johor.

SINOPSIS BAB 1 SILIR DAKSINA

BAB 1 :


Selepas Haiqal menerima manuskrip itu, perasaan Haiqal seolah-olah ditarik untuk membacanya seperti ada daya tarikan magnet terhadapnya. Haiqal begegas pulang ke rumah untuk membaca manuskrip itu secepat mungkin. Cara taipan di dalam manuskrip itu sangat kemas dan teratur memberikan keselesaan kepada mata setiap yang membacanya. Dia seperti berada di dalam alam Abdullah Bin Kayan tatkala membaca manuskrip itu. Nama Abdullah bin Kayan pernah terbit dari mulut uminya membuatkan Haiqal tertanya-tanya sejarah hidup beliau. Apabila Haiqal bertanyakan lebih lanjut berkaitan  individu tersebut kepada uminya, uminya cuba untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan anaknya yang cuba untuk menyingkap identiti individu tersebut.  Haiqal terimbau kembali memori hidupnya pada umurnya 6 tahun. Uminya menyatakan yang walidnya sekarang ini, Abdul Fatah bukanlah bapa kandungnya. Uminya berasa sebak untuk menyatakan perkara tersebut di samping memberikan pelukan yang hangat kepada anaknya. Haiqal juga turut sebak apabila melihat uminya menangis.

SINOPSIS KESELURUHAN SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL :


 Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan nmanuskrip itu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberkikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.